Silibus Bahasa Ibunda

Alat pengajaran Bahasa Ibunda ini dicipta oleh guru-guru Orang Asal dan disahkan oleh ahli akademik sebagai bahan pengajaran awal kanak-kanak. Alat ini terdapat dalam tiga bahasa ibunda Orang Asli iaitu Semai, Jakun, dan Temiar. Ia dirancang untuk digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi mengajar bahasa dan tradisi mereka dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.

This Mother Tongue teaching tool was created by Orang Asal teachers and validated by linguistic expert academics as an early childhood educational resource. It is available in three Orang Asal languages: Semai, Jakun, and Temiar. The tool is designed for use by both teachers and parents to teach their language and traditions in a fun and interactive way.

Buku Panduan Guru

Panduan ini berfungsi sebagai alat untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran murid dengan cara yang sistematik. Panduan ini merangkumi rancangan pengajaran dan cara untuk mengajar menggunakan kertas kerja, kraftangan, lagu, buku cerita, dan lukisan besar. Terokai enam tema yang menarik dan alami aktiviti-aktiviti yang telah direka khas untuk kanak-kanak berumur dari tiga hingga enam tahun. Panduan ini juga mengandungi panduan untuk Lagu & Kraftangan.

Lagu
Lagu yang disediakan dalam Bahasa Melayu, Semai, Temiar dan Jakun boleh diakses dengan mudah melalui imbasan kod QR atau link ini. Kami berharap bahawa lagu dan irama dapat memperkayan lagi pengalaman pembelajaran murid-murid serta mencipta suasana bilik darjah yang lebih harmonis dan kondusif.

Aktiviti Kraftangan
Aktiviti kraf kami yang disusun secara berperingkat adalah bertujuan untuk memupuk imaginasi pelajar mengikut tema yang relevan. Walaupun penglibatan dan persediaan oleh orang dewasa diperlukan, kami menekankan kepentingan memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan kreativiti mereka dengan lebih mandiri dan dinamik.

Kertas Kerja

Kerja latihan untuk murid kami, yang dirancang khusus untuk kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, merupakan kurikulum yang komprehensif. Program ini merangkumi pengajaran asas membaca, menulis, dan mengira, serta kemahiran analitikal dan penaakulan. Meliputi pelbagai aspek seperti bahasa, matematik, sains, pendidikan moral, muzik, dan seni, program latihan ini menjadikan proses pembelajaran sebagai suatu pengalaman pengembaraan yang menarik.

Lukisan Besar

Lukisan besar bertema adalah alat bantu mengajar yang dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berbual dan berkongsi pandangan serta perspektif mereka. Ini merupakan kaedah yang efektif untuk merangsang kreativiti dan meneroka pelbagai perspektif murid dengan bertukar idea tentang apa yang dapat dilihat dalam lukisan.

Buku Cerita

Buku cerita kami terdapat dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Semai, Temiar dan Jakun. Kami juga menyediakan terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran bahasa.